Sumbangan Waqaf Fi-Sabilillah Pembinaan dan Pengurusan Pusat Pendidikan Muhammad Al Fateh, Sabah
Sumbangan Waqaf Fi-Sabilillah
Pembinaan dan Pengurusan Pusat Pendidikan Muhammad Al-Fateh, SABAH.

Aling bin Pilang, etnik Dusun meninggal dunia pada akhir tahun 1991. Pada asalnya seorang yang tidak beragama merupakan bekas ketua kampung yang agak berharta di kawasan itu. Setelah memeluk Islam beliau mewakafkan 6 ekar tanah dan terbinalah Pondok Fi Dhilal al-Quran. Kini aktiviti pengajian dan dakwah diteruskan di tapak yang sama menggunakan nama Pusat Pendidikan Muhammad Al-Fateh sejak tahun 2014. 


Gambar: Ustaz Mustaqim (di tengah-tengah: anak kepada Aling bin Pilang, muallaf yang mewakafkan tapak Pusat Pendidikan Muhammad Al-Fateh) bersama-sama dengan Ustaz Husni Zaim (Mudir)

Menurut anak-anak beliau, Mohd Aminuddin dan Ustaz Mustaqim, sekitar akhir tahun 70-an hanya abang mereka, Hasanuddin seorang sahaja yang memeluk Islam dalam kampung mereka. Abang mereka ini, seorang tentera telah memeluk Islam semasa bertugas di Kedah. Setelah mengetahui hal tersebut, ayah sangat marah dan mengancam  membunuh jika abang pulang ke kampung.

Setelah tiga tahun, barulah abang mereka pulang hingga menimbulkan perasaan ingin tahu adik-adiknya tentang Islam. Pada mulanya, Mohd Aminuddin, isteri dan anak-anak yang memeluk Islam pada tahun 1982. Akhirnya setahun kemudian, kesemua lima orang adik-beradik yang lain memeluk Islam. Kemudian, langkah ini diikuti ayah dan ibu mereka yang memeluk Islam sekitar tahun 1988.

Pada 30 Julai 1991, Aling bersama anaknya Mohd Aminuddin telah mewakafkan tanah mereka itu bersama surat akuan disaksikan Yang Dipertua Mahkamah Majistret di Kota Belud. Mereka secara sukarela membuat akuan bahawa tiada waris yang boleh menuntut tanah tersebut selepas mereka meninggal dunia.

Setelah selesai urusan wakaf, satu mesyuarat Jawatankuasa Penaja pentadbiran pondok yang pertama telah diadakan pada 3 Ogos 1991 dengan dihadiri oleh 11 orang. Mesyuarat tersebut bersetuju membentuk Jawatankuasa Tadbir Pondok seramai 22 orang dengan dipengerusikan oleh Mohd Aminuddin. Usaha seterusnya dibuat untuk mendapat kelulusan daripada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) untuk mendirikan pusat pendidikan tersebut. Akhirnya pada 24 Januari 1992, kelulusan tersebut diperolehi dengan ditandatangani oleh Pengarah Dakwah MUIS ketika itu, Tn. Hj. Ahmad Othman.

Ustaz Husni yang berkelulusan daripada Universiti Al-Azhar, Mesir merupakan pendakwah bebas yang bergerak aktif dalam usaha-usaha dakwah di Sabah dan Sarawak telah diberi kepercayaan dan diamanahkan untuk memikul tanggungjawab sebagai Mudir Pusat Pendidikan Al-Fateh sejak tahun 2014. Di samping menjalankan tanggungjawab sebagai Mudir, Ustaz Husni juga bertindak sebagai penggerak utama untuk mendapatkan dana bagi membaik pulih serta kos pengurusan Pusat Pendidikan Muhammad AL-Fateh.


Gambar: Ustaz Junid (kiri: anak kepada Aling bin Pilang, muallaf yang mewakafkan tapak Pusat Pendidikan Muhammad Al-Fateh) bersama-sama dengan Ustaz Husni Zaim (Mudir)

Pada tahun 2020, kebanyakan binaan seperti pondok dan surau berkeadaan uzur dan perlu dibaik-pulih.  Kerja-kerja baik-pulih surau, asrama, dapur dan pembinaan pondok-pondok tambahan telah dilaksanakan menggunakan dana hasil sumbangan orang ramai.

Perkembangan terkini, proses baik-pulih dan pembinaan mungkin akan tergendala kerana kekurangan dana.

Kami memohon sumbangan saudara/saudari bagi membantu kelancaran projek ini.

Berikut ialah perkembangan proses pembinaan dan baik-pulih yang dikongsikan oleh Mudir madrasah, Ustaz Husni Zaim di Facebook beliau.

AKTIVITI PEMBINAAN DAN PENGUBAHSUAIAN PUSAT PENDIDIKAN MUHAMMAD AL-FATEH 

Pembinaan Al-Fateh akan diteruskan menggunakan dana hasil sumbangan orang-ramai bagi tujuan pemindahan pondok-pondok, menyiapkan dapur serta kebun Al-Fateh


(Klik di SINI untuk link ke facebook page Pusat Pengajian Muhammad Al Fateh, SABAH bagi mengikuti perkembangan projek ini dari masa ke semasa)

AKTIVITI PEMBINAAN DAN PENGUBAHSUAIAN PUSAT PENDIDIKAN MUHAMMAD AL-FATEH

PASCA PENDEMIK ~ 2022
Kerja-kerja pembinaan Pusat Pendidikan Muhammad Al Fateh juga terhenti akibat pendemik. Alhamdulillah kini kerja-kerja yang tertangguh telah dimulakan semula.

DISEMBER 2020
Pemasangan lantai/flooring tingkat atas Surau

NOVEMBER 2020
Pembelian cat dan mozek bagi memastikan kelancaran kerja-kerja baik pulih Surau dan Asrama



OKTOBER 2020
Perkembangan terkini kerja-kerja membaik-pulih siling tingkat atas dan tangga konkrit Surau demi keselesaan dan keselamatan para pelajar



SEPTEMBER 2020
Perkembangan terkini kerja-kerja membaik-pulih dinding, lantai tingkat atas dan bawah Surau yang uzur demi keselesaan dan keselamatan para pelajar


OGOS 2020
Perkembangan kerja-kerja membaik-pulih dinding, lantai tingkat atas dan bawah Surau yang uzur demi keselesaan dan keselamatan para pelajar


JUN 2020
Permulaan kerja-kerja membaik-pulih bumbung dan atap Surau yang uzur demi keselesaan dan keselamatan para pelajar




FEBUARI 2020
Sebelum Kerja-kerja pembinaan/penambah baikan bermula



Teruskan sokongan anda.
Terus menyumbang kepada usaha dakwah di bumi Sabah.




Insya-Allah
Sumbangan anda akan membantu proses pembinaan dan baik-pulih dapat disiapkan dengan segera bagi melancarkan proses pembelajaran para pelajar yang bakal menjadi penggerak usaha dakwah, khususnya di negeri Sabah.

Terima kasih di atas sumbangan anda yang bakal menjadi bekal ke syurga, Aameen Ya Rabbal Aalameen.

Maklumat Tambahan:
Sumbangan/pembayaran menggunakan (FPX) Perbankan Dalam Talian & Kad Kredit / Debit toyyibPay adalah atas nama ANSI SYSTEMS SDN. BHD. (penyedia sistem bayaran (payment gateway) dengan charge perkhidmatan RM1).

Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Derma RM100
Derma RM50
Derma RM10
Derma Mengikut Kemampuan
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN